Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Sesi 2015

  • PDF

alt

Pemohon boleh mula mengisi borang di ruangan Pendaftaran Pelajar bermula dari 23 JUN 2014. Butir- butir adalah seperti berikut :

SEMUA PERMOHONAN ADALAH MELALUI ONLINE SAHAJA

Setiap permohonan akan dikenakan bayaran sebanyak RM7.00 ( Ringgit Malaysia : Tujuh Sahaja) dikenakan sebagai wang pemprosesan
borang dan ujian kemasukan.
Semua bayaran hendaklah menggunakan wang pos /kiriman wang (berpalang) sahaja dan mesti ditulis di atas nama :

“ PENGETUA MADRASAH IDRISIAH ”

SYARAT -SYARAT KEMASUKAN

1. Pemohon mestilah terdiri daripada murid yang sedang belajar dalam Tahun Enam 2014 ( warganegara )
2. Mahir membaca Al-Quran,membaca dan menulis tulisan jawi.
3. Ujian mata pelajaran akademik dan agama berdasarkan pelajaran Sekolah Rendah Kebangsaan ; Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains ; Asas Al-Quran, Tajwid, Tauhid, Fiqah, Sejarah Islam dan Tulisan Jawi .

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 12 SEPTEMBER 2014.

Hubungi Cik Sakinah Sakor : 0125599181 @ Pejabat 05-7761961 untuk maklumat lanjut.

Last Updated on Tuesday, 17 June 2014 11:35

You are here: